Kerjaya antarabangsa Moise Kean

Kean telah dilahirkan di Itali dan membolehkannya untuk mewakili Itali. Beliau juga boleh mewakili pasukan Ivory Coast kerana kedua ibu bapanya berasal dari negara itu.[33]

Belia

Sejak tahun 2015, Kean telah mewakili pasukan bawah-15 Itali.[34] Bersama pasukan bawah-17, beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-17 pada tahun 2016 dan 2017 yang menyaksikan beliau berjaya menjaringkan satu gol dalam tiap-tiap kejohanan.

Bersama pasukan bawah-19, beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-19 2018. Beliau telah menjaringkan gol dalam aksi peringkat kumpulan menentang Norway[35] dan aksi separuh akhir menentang Perancis sekali gus membantu Itali untuk mara ke perlawanan akhir.[36] Beliau tidak beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali ketika aksi final menentang Portugal tetapi beliau beraksi sebagai pemain gantian sebelum menghasilkan dua jaringan untuk Itali lalu mengheret perlawanan ke masa tambahan. Namun, perlawanan berakhir dengan kemenangan Portugal 4-3.[37][38]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 pada 11 Oktober 2018 dalam aksi persahabatan menentang Belgium.[39] Beliau menjaringkan gol pertamanya bersama pasukan bawah-21 pada aksi persahabatan seterusnya menentang Tunisia pada 15 Oktober 2018.[40] Beliau juga telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2019 yang menyaksikan Itali tersingkir awal di peringkat kumpulan.

Senior

Pada November 2018, Kean telah dipanggil untuk menyertai skuad senior Itali oleh pengurus Roberto Mancini.[41] Pada 20 November, berusia 18 tahun, 265 hari, beliau telah melakukan penampilan pertamanya untuk Itali dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat yang berakhir dengan kemenangan Itali 1–0.[42] Pada 23 Mac 2019, Kean beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali buat pertama kali serta menjaringkan gol pertamanya ketika menewaskan Finland pada perlawanan pembukaan kelayakan UEFA Euro 2020.[43] Dengan itu, beliau menjadi pemain penyerang Itali termuda yang beraksi sebagai kesebelasan utama sejak Edoardo Mariani melakukan demikian ketika menentang Perancis pada 1912.[44][45][46] Kean kini merupakan penyerang keempat atau kelima termuda yang beraksi sebagai kesebelasan utama Itali di belakang Mariani, Leopoldo Conti, Eugenio Mosso dan kemungkinannya Rodolfo Gavinelli yang tidak pasti sama ada dia lahir pada 1891 atau 1895. Kean juga menjadi pemain Itali termuda yang menjaringkan gol sejak Bruno Nicolè yang telah menjaringkan dua gol ketika menentang Perancis pada 9 November 1958;. Secara keseluruhannya, Kean merupakan penjaring gol kedua termuda Itali di belakang Nicolè pada usia 19 tahun dan 23 hari serta merupakan pemain termuda yang menjaringkan gol untuk Itali dalam perlawanan kompetitif serta aksi kelayakan Eropah.[45][47] Pada 26 Mac, beliau seterusnya mencetak jaringan keduanya bersama Itali dalam aksi kelayakan Euro 2020 menewaskan Liechtenstein 6-0.[48]

Rujukan

WikiPedia: Moise Kean http://www.bbc.com/sport/live/football/47473922 http://www.beinsports.com/us/serie-a/video/moise-k... http://kwese.espn.com/football/italian-serie-a/sto... http://www.foxsports.com/soccer/story/16-year-old-... http://www.italianfootballdaily.com/moise-kean-sco... http://www.skysports.com/football/news/11095/11449... http://www.skysports.com/football/news/11095/11454... http://www.soccerbase.com/players/player.sd?player... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/newsi... http://www.figc.it/nazionali/DettaglioConvocato?co...